Thursday, November 25, 2010

Wednesday, November 24, 2010

Bintang Appalam perbaiki penguasaan bahasa Tamil selepas dikritik

PADA awal pembabitannya dalam industri drama Tamil, Raja Ilya dapat berasakan dia berdepan cabaran yang bukan kecil. Dirinya bukan sekadar pelakon yang pada dasarnya berbangsa Melayu, malah penguasaannya terhadap bahasa Tamil itu sendiri membuatkan wanita cantik ini dikritik.

Namun, sudah menjadi sifat semula jadi Ilya untuk bingkas bangkit sebaik saja cabaran diterima, terutama dalam soal kerja. Menyedari kejanggalan yang dirasakan rakan seperjuangan dalam industri seni Tamil negara ini, dia cuba memperbaiki situasi terbabit dengan mendalami bahasa berkenaan, demi membolehkan dirinya diterima lebih baik lagi di kalangan penggiat seni India.


Pada mulanya, tentulah agak janggal untuk mereka melihat seorang pelakon Melayu melakonkan watak gadis India. Kejanggalan itu sendiri dapat saya rasakan sama. Namun, syukurlah selepas beberapa ketika, mereka mula menerima saya seadanya. 

Karate bermula garang

R PUVANESWARAN mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi pingat emas karate kumite lelaki 55 kilogram tatkala Ku Jin Keat memecah monopoli Jepun dalam Sukan Asia dengan emas acara kata lelaki di Gimnasium Guangdong, semalam.

Atlit kata wanita, Lim Lee Lee memenangi gangsa kata untuk memberi kontinjen negara dua emas dan sebutir gangsa dari gelanggang karate pada hari pertama sukan itu membuka tirai.


Emas Puvaneswaran, memberi atlit 35 tahun itu emas kedua dalam penyertaannya di Sukan Asia, selepas gangsa di Hiroshima ‘94, emas di Busan 2002 dan perak di Doha 2006 manakala Bangkok 98 menyaksikan dia dibatalkan kemenangannya.
Puvaneswaran yang menewaskan peserta Vietnam, Nguyen Hoang Hiep di pusingan pertama dan Hsieh Cheng Kang (Taiwan) di separuh akhir, diheret ke tiebreak sebelum diberikan kemenangan 3-2 dalam final ketika menentang Emad Mohamad Almakli.

“Memang berbaloi. Saya menggunakan sepenuhnya pengalaman kerana sedar lawan cukup pantas. Emas ini ibarat satu penamat cerita panjang yang indah,” kata Puvaneswaran yang kini berhasrat menjadi jurulatih.

Kejayaan Jin Keat, 35, pula memecahkan monopoli atlit Jepun yang menguasai semua acara itu sejak karate dipertandingkan di Hiroshima 1994, dan lebih manis, emas itu turut melengkapkan koleksi pingat pelbagai warna atlit kelahiran Air Itam, Pulau Pinang itu.

Dia menewaskan Itaru Oki dari Jepun 3-2 dalam perlawanan akhir, selepas menewaskan lawan dari Taiwan, Chris Cheng (5-0), Dmitri Kazanov dari Kazakhstan (5-0) di suku akhir dan Faizal Zainuddin dari Indonesia (4-1) di separuh akhir.
“Rasa puas kerana saya tahu saingan memang sukar tetapi akhirnya menang emas. Kini lengkap koleksi pingat Sukan Asia saya,” katanya selepas menewaskan Oti, pemenang gangsa di Kejohanan Dunia di Serbia bulan lalu.

Lim Lee Lee, 35, yang meraih pingat keempat selepas gangsa di Bangkok 1998, perak di Busan 2002 dan gangsa di Doha 2006 berkata: “Selepas melihat undian, saya tahu sukar kerana terpaksa berdepan lawan dari Jepun. Tetapi saya sudah berjanji memberi pingat untuk negara dan gembira hajat tercapai.”

Sukan: Alang-alang layak ke final

“KAMI sudah bersedia melakar lagi satu sejarah gumbira gemilang,” kata kapten hoki negara, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor yang akan mengetuai barisan negara menentang Pakistan di final, hari ini.

Selepas melakar sejarah mara ke final buat julung kali, Mohd Madzli dan rakan sepasukannya berpeluang mengukir sejarah lebih gemilang, hari ini dengan memenangi emas dan merebut tiket automatik ke Sukan Olimpik London 2012.
Dia menambah: “Alang-alang layak ke final, kami berjanji berjuang berhabis-habisan memenangi emas. Ini adalah peluang terbaik dan kami tidak mahu mensia-siakan.”
Sementara itu, pakar flick negara, Muhammad Amin Rahim yang muncul wira pasukan dengan gol jaringan emas ketika menewaskan India, 4-3 dalam separuh akhir, kelmarin melafazkan janji mahu membolosi gawang Pakistan dengan kepakarannya.

“Saya tidak dapat tidur kerana terlalu gembira selepas pasukan mara ke final. Jadi, kami mahu meneruskan aksi gemilang i dalam final esok (hari ini). Kami ghairah mahu menang,” katanya. 

Haiiiiiiiiii

Kesan aplikasi sosial maya

Oleh SYAHRIR MAT ALI dan FATIN HASNAN

Pengguna Internet yang menggunakan aplikasi rangkaian sosial dinasihatkan supaya tidak sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad kerdit, pekerjaan, identiti majikan, maklumat kewangan dan sebagainya.

PENGGUNAAN Internet di kalangan masyarakat dunia semakin meningkat dengan pesat dan mula mengubah cara hidup mereka.
Menurut penyelidikan yang dibuat oleh IDC Research, pengguna Internet di Malaysia telah menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut dijangka akan melonjak kepada 20.4 juta orang pada 2012.
Kepenggunaan aplikasi rangkaian sosial di Malaysia pula telah mencatat sebanyak 66 peratus pada bulan Disember 2008 iaitu di tangga ketiga selepas Singapura dan Korea Selatan dengan masing-masing mencatat 74.3 peratus dan 68 peratus.
Penggunaan aplikasi rangkaian sosial telah mula menular sehingga telah menjadi bagaikan satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar pengguna Internet di seluruh dunia.
Laman web aplikasi rangkaian sosial semakin bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah pelawat yang melayari alam siber dan dunia komunikasi maya.
Sehingga kini, terdapat sejumlah 170 rangkaian sosial interaktif yang terkenal dan aktif digunakan di seluruh dunia seperti Facebook, Twitter, Friendster, MySpace, Tagged dan sebagainya.
Facebook yang mendakwa memiliki sejumlah 350 juta pengguna dari segenap pelosok dunia, kini menyimpan lebih daripada 10 bilion gambar yang dikongsi oleh pengguna-pengguna laman rangkaian sosial tersebut.